Rabu, 2 Januari 2013

Wanita dan roti

"Wanita hiasan dunia dan seindah-indah hiasan adalah hiasan yg terjaga"

Insyaallah....kali ini hamba Allah ini ingin berkongsi sebuah kisah yg mana kita sama-sama boleh ambil ibrah dan manfaat.
Dalam sebuah perjalanan seorang ustaz bersama seorang pemuda menuju suatu destinasi, ustaz tersebut ingin menguji pemuda tersebut. Lalu dia memberhentikan keretanya ditengah-tengah jalan 'highway" lebih kurang satu 2 atau 3 km sebelum sampai ke perhentian tol. Ustaz tersebut memberikan 2 buku roti kepada pemuda tersebut dan meyuruhnya berjalan kaki menuju ke perhentian tol tersebut.

Walaupun kebingungan dengan arahan ustaz tersebut dia hanya menurut arahan ustaz tersebut. Sebelum dia bergerak ustaz menetapkan syarat bahawa pemuda tersebut tidak dibenarkan makan roti yang diberikan. Lalu bergerak pemuda tersebut dalam keadaan kehairanan menuju ke perhentian tol  sambil diperhatikan oleh ustaz tersebut dari jarak jauh.

500meter yang pertama pemuda tersebut terasa lapar, namun dia hanya menahan laparnya dengan hanya meneguk air yang dibekalkan. Kemudian dia meneruskan perjalanannya dalam keadaan lapar. Selepas 1km pemuda tersebut tidak dapat menahan kelaparannya. Namun dia tidak makan roti yang diberikan oleh ustaz tetapi dia hanya membuka bungkusan roti tersebut dan hanya menjilat roti tersebut tanpa memakannya hanya untuk alas perut yg kelaparan. 500 meter seterusnya dia berhenti berjalan lagi untuk berehat sambil hanya menjilat roti tersebut. Begitulah seterusnya sehingga roti tersebut menjadi lemau dan lembik.

Akhirnya dia berjaya sampai ke perhentian tol tersebut dan berjumpa dengan ustaznya. Dia menyerahkan kedua-dua roti tersebut kepada ustaznya. Kemudian ustaz tersebut menawarkan pemuda tersebut pilihan sama ada mahu memilih roti yang tidak dibuka lagi atau roti yang telah lemau dijilatnya sebentar tadi.????

Sebagai manusia waras yang dikurniakan akal , jika kita berada ditempat pemuda itu semestinya kita akan memilih roti yang masih elok belum dibuka . Fitrah manusia yang hanya inginkan sesuatu yang elok dan baru.
Ustaz itu memberikan roti yang dipilih oleh pemuda tersebut dan berkata..."roti itu ibarat wanita" roti yang elok tidak dibuka itu ibarat wanita yang soleh terjaga dan terpelihara daripada dosa dan maksiat manakala roti yang satu lagi ibarat sebaliknya.
A'la kulli hal pelihara kesucian dan kemuliaan anda sebagai seorang wanita dan peliharalah keperibadian kita sebagai seorang lelaki kerana sesungguhnya "wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik....hingga akhir ayat"(surah annur ;ayat 26)

~wa Allahu a'alam....jaga iman jaga diri , insyaallah dunia aman akhirat menanti....~