Rabu, 23 April 2014

Bukan melayu yg menjadi kebanggaan bukan bangsa yg menjadi kemegahan tidaklah kerana sejarah kita kehadapan tidaklah kerana tokoh kita sumbang tindakan Namun... kerana islam kau diberi kehebatan kerana islam kau menumpang keizzahan Hatta ... walau kau gugur di medan walau kau tergelincir dari jalan walau kau futur dari perjuangan Islam kan tetap dijulang Islam kan tetap dipandang
"الْإِسْلَامُ يَعْلُو وَلَا يُعْلَى عليه "
Wahai pemuda pemudi hamasah... kerana iman kau terus perjuangan kerana redha kau terus berkorban kerana jannah kau terus kehadapan kerana syahid menjadi harapan

Ahad, 4 Ogos 2013

Yang tiada baru dikenang

Kari ayam menjadi juadah kami pada malam itu, maka aku dan housemate aku pun menyediakanlah bahan-bahan yang diperlukan...;ayam, bawang merah, bawang putih, serbuk kari,..*oi3 dah ni bkn entry masakan*
Ketika asyik memotong halia untuk dimasukkan ke dalam kari........TIBA-TIBA...

"ALLAH!....adouwwww.....sakit!!!!!!!!!!!!"aku menjerit selepas loading and buffering melihat darah yg mencurah laju dari jariku.
"hang ni betul ke sakit??asal loading sgt ko nak menjerit..hahha" kata housemate aku
selepas disimbahi saline...huish pedih bak hang...
"betul la...nampak darah banyak ni..." aku membalas sambil bergegas mencari tisu
"huish dalam kot luka tu...kene jahit ni...pegi klinik cepat.."kata kawan aq.
aku dengar je jahit2 ni....sensitif betul...cukup la satu jahitan je yang ada kat badan aku ...

Aku pun pergilah mencari klinik bersama seorang kawan aku selepas dipaksa berkali-kali.
Dua tiga farmasi jugak la yang kami pergi malam tu...semuanya tak boleh pakai. Ada satu farmasi tu pandang pun geli...hangat hati betul..mentang2 la dia tengah sibuk bergayut di telefon ntah dengan sapa ntah.

Akhirnya aku jumpa sebuah farmasi yang menyediakan perkhidmatan mencuci, merawat, dan 'dressing' luka.
Kami pun berkenalan dengan doktor tersebut. *dlm hati aku kata...haish doktor ni aku tgh sakit ni...sembang lebih2 plak..* Namun sebagai rakyat Malaysia yang terkenal di sini sebagai 'AHSAN NASS' (sebaik-baik manusia), aku pun terpaksa melemparkan senyuman walau sedang menahan sakit.

Semasa dia merawat luka aku dia sarankan aku agar pergi ke hospital untuk menerima jahitan , tapi aku buat tak tahu je..haha. Dia rawat macam rawat manusia yang takde urat saraf je...siap picit2 dan genggam kawasan luka. Aku rasa nak jerit je...tapi tahan je la...*itulah bangsa arab yg terkenal dengan kekasaran perilakunya*. Selepas selesai proses mencuci dan membalut luka, aku di minta untuk datang lagi bertemunya keesokan hari untuk dressing luka tersebut. 
selepas dressing luka yg kedua..*dr. lain*

Hampir dua minggu aku berulang alik membuat dressing luka itu dengan beberapa orang doktor(main tukar2 doktor...mana la tau jumpa doktor yang lembut sikit, tetapi gagal semuanya rawat macam nerveless.

Insiden ini berlaku ketika study leave final exam semester 1. Jadi terpaksa la aku menjawab pepeiksaan dalam keadaan jari berbalut*nasib la jari tangan kiri*

Sungguh menyiksakan ketiadaan satu jari walau pun masih berbaki 9 jari tangan lagi. Jangan kita persolakan kenapa dan mengapa Allah ciptakan begtu dan begini kerana setiap ciptaan Allah itu ada tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Terdapat satu cara mudah untuk kita tahu tujuan dan kepentingan sesuatu ciptaan Allah. Caranya ialah...: contohnya kita hendak mengetahui fungsi setiap jari kita. kita ada 10 jari ,5 kanan, 5kiri ....nak tahu kepentingan setiap satu, kita hilangkan ia, lukakan ia, maksudnya hilangkan kebolehan jari tersebut atau lagi terbaik hilangkan terus kewujudan jari tersebut. Selepas itu anda rasa bagaimana pergerakan kita, adakah terganggu atau biasa sahaja.

YANG TIADA BARU DIKENANG selepas kita kehilangan jari kita itu ,barulah kita tahu kepentingan jari itu. Begitu jugalah dengan yang lain. Sudah menjadi fitrah sesetengah manusia ,apabila sudah tiada barulah tercari-cari terkenang-kenang. Contoh yang mudah dan selalu kita dengar ialah kehilangan ibu bapa. Semasa ibu bapa masih bernafas, mereka-mereka ini langsung tidak endah akan ibu bapa mereka, namun selepas ibu bapanya menghembuskan nafas yang terakhir , barulah sibuk menangisi pemergian ibu bapa. 

Astaghfirullah...moga kita dijauh daripada menjadi golongan-golongan seperti ini. KUFUR NIKMAT.
Hargailah ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup di atas muka bumi ini kerana selepas mereka berada di perut bumi, tiada apa yang boleh kita lakukan...hanya penyesalan yang tiada untungnya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~ 

Sabtu, 27 Julai 2013

Pengingat kematian

"Orang yang paling bijak adalah orang yang mati"
"Perkara yang paling dekat dengan kita adalah ajal yang menanti"
Semakin pendek saban hari
Itulah hakikat kehidupan realiti

Hidup berlalu beribu hari
Siang pergi malam mengganti
Namun setarakah amalan diri dan juga hari
Bersamalah bermuhasabah penguji diri

Bukan takut menuju mati
Bukan ajal yang kucari
Tetapi amalan yang dikhuatiri
Adakah cukup untuk bertemu Rabbul Izzati


"Selamat hari lahir"
"Sanah helwah"
"Happy Birthday"
"Eid milad"

Ulang tahun kelahiran.....sebenarnya berfungsi sebagai pengingat kematian. Mengingatkan kita bahawa kita telah hidup semakin hari semakin lama dan semakin tua dan semakin pendek hayat kita. Persoalan bilakah ajal kita akan tiba ...bukanlah persoalan yg perlu kita fikirkan dan perlukan jawapan. Apa yang lebih penting adalah di tahap manakah persediaan kita menuju kematian. "orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat akan kematian". SEBAB apa???sebab bila kita ingat akan kematian kita akan manfaatkan seluruh waktu kita sebaiknya. Rasulullah juga pernah bersabda. mafhumnya: "Jika kamu fikir akan kematianmu maka akan kuranglah ketawamu". Wallahu a'alam.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup maka lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta maka lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai maka lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia maka lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk maka lupa mereka kepada Allah swt.

Kerana kita manusia......yang terbina dan tidak lari daripada sifat lupa dan leka.


~Selamat hari lahir kepada semua yang telah, sedang, dan akan menyambutnya....dan ingatlah ajal kita makin hampir~

"Hidup ini seperti kek aiskrim yang kita makan ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Mempunyai tarikh luput dan akan luput. Akan cair pabila panas yakni kita akan rosak dan tidak disukai pabila melakukan dosa(pendekat neraka yg panas). Dan akan terus membeku dan mengekalkan teksturenya dalam keadaan sejuk yakni kita akan terus tenang dan disukai tatkala kita melakukan kebaikan dan pahala(pendekat syurga yang tenang dan damai)."


Sabtu, 20 Julai 2013

Perjuangan yang tak pernah henti

Assalamualaikum...
Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang seorang syahid bernama As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Siapakah dia???*bukan nak cerita sangat pun...sikit2 jadilaa...nak lebih cari sendiri...*
Beliau merupakan pengasas bagi gerakan islam di mesir ,Ikhwan Muslimin. Seorang yang tabah dan perit perjuangannya. "Perjuangan beliau untuk Islam takkan dirasai oleh beliau tetapi dirasai oleh generasi seterusnya."
Selepas kematiannya harakah islam yang ditubuhkan oleh beliau terus bergerak, tersebar,dan mengukuhkan tapak perjuangannya dengan berpaksikan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. Pada hari gerakan yg ditubuhkan oleh Imam Hasan Al-Banna ini telah peroleh kejayaan setelah puluhan tahun berjuang, dan ditekan oleh kerajaan yang di bawah pemerintahan diktator bertentera yg zalim. Namun kejayaan yang dikecapi hanya sementara.

"Bukanlah dinamakan Perjuangan Islam yang suci dan benar jika tidak mendapat tentangan dan halangan daripada musuh-musuhnya"


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah: ``Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang
benar)''. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."


Setelah gerakan islam ini menang pada pilihan raya pertama di Mesir diwakili oleh Dr.Morsi, pihak musuh-musuh islam tidak senang duduk lalu merancang pelbagai strategi dan langkah untuk menjatuhkan kerajaan dibawah gerakan ini. Akhirnya setahun sahaja masa yang diambil untuk memprovokasikan rakyat mesir supaya menentang dan membenci pemimpin yang dahulunya dipilih oleh mereka sendiri. 

"Kejatuhan Dr.Morsi adalah kerana berlakunya fitnah dan pembelotan terhadap dirinya"
"Sepuluh orang bijak pandai menentang 10000orang yang bodoh".....begitulah sukarnya perjuangan gerakan ini untuk membentuk sebuah negara islam yang syumul dan sempurna.

Seorang rakyat mesir bertanya kepada seorang sahabat:(terjemah)
masri: kamu orang ikhwan???
sahabat: ehh..tak..saya orang malaysia....nape kamu tanya??saya ada rupa orang ikhwan ke??
masri: sebab muka kamu muka orang baik-baik
sahabat:(dalam hati)....muka puak2 deme ni muka teruk2 ke???dah tau baik nape tentang..bijak sungguh!!!

Saya selitkan juga wasiat Imam Hassan Al-Banna kepada kita semua sebagai pejuang agama islam yang ingin melihat tertegaknya islam di atas muka bumi ini. Baca dan hayati serta cuba ikut wasiat2 yang disampaikan oleh imam.

10 wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1) Bangunlah sembahyang apabila mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran , buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.


3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


"civil democratic Islam"-cari dan bacalah penulisan ini yg ditulis oleh musuh2 islam, tentang strategi dan langkah yang mereka ambil serta bebrapa penerapan nilai keduniaan kepada masyarakat hari ini untuk menjauhkan umat manusia daripada Islam seterusnya menjatuhkan Islam. Penulisan ini diterbitkan walaupun ia merupakan strategi2 rahsia puak2 mereka...kerana apa???KERANA MEREKA TAHU UMAT ISLAM INI MALAS MEMBACA, walaupun menerbitkannya namun ia tidak memberi apa2 kesan kepada perancangan mereka. Renung2kan!!!dan BANGKITLAH SAUDARA-SAUDARAKU SEKALIAN*tidak terkecuali kepada aku sendiri yang kadang terleka terlalai dek kerana senjata modern musuh2 islam*


~Ya Allah...Permudahkanlah perjuangan kami, Engkau kuatkanlah hati-hati kami dalam menempuh dan menentang ancaman musuh-musuh-Mu ya Allah.....Ya Allah...Kau gagalkanlah usaha dan perancangan musuh-musuh Islam....Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang.......Amiin ya rabbal a'lamiin~

TAKBIR!!!




Ahad, 16 Jun 2013

GULA

Pada suatu petang, ketika si isteri sedang asyik menonton televisyen bersama suaminya tiba terdengar penggilan anaknya.

"Umi...."si anak memanggil sambil menekan perutnya
"Ye dik ade ape??umi dekat depan ni.."si ibu menjawab sambil memandang ke arah suara panggilan anaknya. Kelihatan anaknya berjalan terbongkok-bongkok sambil menahan kesakitan perutnya
"adik sakit perutla...aduh..."

Tidak sempat si anak menuju ke arah umi, dia terus berlari ke arah tandas.
(Untuk apa lagi??untuk melabur la...)
Seusai adik keluar daripada tandas, umi betanya kepada adik..:
"Adik ok ke??takpe pergi rehat dalam bilik dulu, nanti ibu bawakkan ubat."kata umi sambil membimbing adik menuju ke bilik.

"Tak umi...Adik ci_it tadi, berapa kali dah adik keluar masuk tandas"adik menjawab.

"Adik ade makan ape-ape ke tadi?"umi bertanya lagi sambil membantu adik 'landing' di atas katil.

"Entah la umi..adik pun tak tau adik makan ape tadi, tapi adik rase makan biasa-biasa je"adik membalas.

"Adik tunggu sekejap!umi nak pegi ambil ubat dan minyak panas untuk adik."kata umi kepada adik.
Kemudian umi keluar dari bilik adik menuju ke dapur lalu membancuh 2 cawan teh. Satu cawan teh berserta gula, dan satu cawan lagi teh tanpa gula.

Selepas selesai membancuh teh, umi mengambil ubat sakit perut(pil cik kit tek aun) daripada peti ubat-ubatan dan menuju ke bilik adik sambil membawa 2 cawan teh, ubat sakit perut,minyak panas dan segelas air kosong.

"Adik minum teh ni!" kata umi sambil menghulurkan secawan teh tanpa gula ke pada adik.

"Euwww....bluek...pahitnye umi...air ape ni???"rungut adik selepas menelan seteguk teh tersebut.
"Ubat mesti la pahit. Habiskan perlahan-perlahan, kalau tak bile nak sihat?"kata umi sambil menggeleng mendengar rungutan anaknya.

"Tapi umi ..ni air ape yang umi bagi ni??ubat ape yang pahit sampai macam ni??"adik bertanya kepada umi kemudian meneguk air teh tersebut sambil menahan nafas dan menutup hidungnya. Umi hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang baru berusia 11 tahun.

"Habis dah?? nah minum air ni pulak.."kata umi sambil menghulurkan secawan lagi teh.
"Ade lagi ke umi....ishh..pahit la.."adik mengomel lalu meneguk air tersebut tanpa menunggu jawapan dari uminya.
"Mmmmm.....sedapnya...betul-betul KAW..."kata adik selepas meneguk air teh yang bergula itu.
Umi hanya tersenyum mendengar kata-kata adik. Selepas beberapa teguk air teh diminum oleh adik, ibu berkata..:

"Sedap tak air yang umi buat??tak cakap terima kasih kat umi pun.." umi berkata sambil mencebik .
"Heheheh....terima kasih umi...tapi...air ape yang umi bagi kat adik mula-mula tadi?"tanya adik kehairanan.
"Air teh la..tapi umi tak bubuh gula dalam teh tu, dan cawan yang ni umi bubuh gula..."balas ibu sambil menunjuk ke arah cawan yang dipegang oleh adik.

"Ye ke umi..??tapi kenapa rasa dia lain sangat??padahal bezanya ade gula dgn takde gula je. Lagi satu nape umi bagi adik teh yang tak bergula tu??"tanya adik bertubi-tubi kepada umi.
"Mane satu umi nak jawab ni banyak sangat soalan adik...teh yang tak bergula itu ubat untuk orang ci_it-bi_it petua tu opah selalu buat kat umi masa umi kecik-kecik dulu."jawab umi ringkas.
"Adik nak tau kenapa rasa teh tu berbeza sangat??"tanya umi kembali kepada adik.
Adik hanya mengangguk tanda ingin tahu.

"Gula itu ibarat dunia. Manis, sedap,indah...itulah dunia. Tetapi adik kene ingat segala kemanisan dunia ini hanya sementara dah kadang kala boleh membawa keburukan kepada kita kelak."

Adik yang selesai meneguk teh hanya memandang umi dengan penuh tanda tanya dan persoalan. Umi yang melihat muka adik hanya tersenyum kerana tahu yang anaknya masih tak faham apa yang cuba disampaikannya lalu meneruskan kata-katanya...:

"Ok adik bayangkan adik dah hidup 11 tahun dah berapa kilo gula adik makan??umi pulak dah hidup 30 tahun dah berapa kilo gula malah boleh kata berapa lori gula dah ibu telan??"umi menambah sambil diselitkan gurauan untuk menarik perhatian anaknya.

"Umi dah makan 10 lori gula yang besar tu...hahahah"adik mencelah .
"Hahahah....ye la kot...banyak tu..."kata umi.
"Tapi kan adik setiap kali kita makan atau bancuh air dengan gula tu berapa minit sahaja kita rasa kemanisannya macam adik minum tadi...rasa lagi tak manis teh umi buat tadi??"tanya ibu kepada adik.

Adik hanya menggeleng menjawab soalan umi.
"Itu la maksud umi...kemanisan gula ini sebenarnya hanya sementara dan tidak akan berkekalan lama, bahkan jika kita terlebih gula pula akan mengundang penyakit seperti kencing manis(diabetes),kegemukan(obesiti), dan lain-lain.Manisnya hanya sekejap...tetapi akibat pengambilan yang berlebihan akan membawa bala pula kepada kita. Begitu juga dunia ni, manisnya hanya sementara ...dan jika kita terlebih cinta akan dunia akan membawa keburukan di hari akhirat yanng berkekalan."terang umi panjang lebar dengan harapan anaknya faham apa yang cuba disampaikannya.

"Hmm...adik faham umi...maknanya kita boleh merasai kemanisan dunia ini tetapi jangan berlebihan dan sentiasa ingat kat akhirat nanti, betul tak umi?"adik menambah tanda faham akan penerangan umi.

Umi tersenyum gembira melihat kepintaran anaknya sambil berbisik dalam diri rasa syukur kepada Allah dikurniakan zuriat yang pintar yang menjadi harapannya untuk berbakti kepada agama suatu hari nanti.

"Hmmm....pandai pun adik..pahit ubat pula ibarat pahala kebajikan kita lakukan, kadang kala berat untuk kita melakukan kebaikan ,tetapi ingat kepahitan kebaikan yang kita lakukan adalah untuk kita di hari kemudian, macam air teh tadi dan macam ubat ni jugak... untuk adik sihat."tambah umi bagi mengukuhkan kefahaman anaknya sambil menghulurkan ubat sakit perut kepada anaknya.

"Baik umi....terima kasih atas nasihat umi.. :)"adik membalas lalu menelan ubat yang diberikan kepadanya
"Tapi umi kalau gula itu ibarat gula...garam ibarat apa pula ibu??"tanya adik dengan rasa ingin tahu.

Umi temangu seketika memikirkan jawapan bagi soalan anaknya. Ayah yang terdengar soalan adik ketika masuk ke bilik mencelah perbualan dua beranak itu...:

"Garam pula ibarat wanita....."ayah mencelah.

Umi dan adik hanya memandang ayah dengan penuh tanda tanya dan soalan. Kemudian ayah menambah :
"Fungsi garam adalah sebagai penambah perisa dalam masakan, tanpa garam tak rasa la masakan tu, tawar la masakan tu...betul tak??"
Umi dan adik mengangguk tanda setuju...

"Tapi kita hanya perlukan garam sedikit sahaja dalam masakan , jika terlebih masin la masakan , dan jika kita terlebih pengambilan garam juga akan mengundang penyakit macam...darah tinggi(hypertension) dll..."kata ayah yang kemudian menyambung penerangannya...

"Macam tu la wanita kita tidak boleh terlalu sayang akan seseorang wanita melebihi segalanya"kata ayah sambil memandang ke arah umi.
"Habis ayah tak sayangkan umi ke???"tanya adik kehairanan dengan kata-kata ayah.
"Sayang....tapi sikit je la..macam garam tadi"
"Aduhh...."jerit ayah terkejut apabila cubitan manja isterinya menghinggap di badannya...
Umi pula mencebikkan bibirnya tanda merajuk dengan ayah. Adik hanya tersenyum melihat gelagat ibu bapanya dan hanya mengungkit bahunya tanda tak terlibat menyebabkan ibu merajuk.

"Heheheheh....Ayah gurau je la...ayah sayang sangat-sangat umi dgn adik ."kata ayah sambil memujuk umi yang sedang merajuk. Umi hanya tersenyum lalu memeluk suaminya tanda dia mempercayai suaminya . Dan adik yang 'jeles' mencelah antara umi dan ayahnya.

"Adik nak peluk jugak"...kata adik.
Umi dan ayah hanya tergelak mendengar rungutan anaknya.
"Hhahahahah..."ketawa ayah dan umi mendengar anaknya mengomel.

"Tapi adik...ingat bahawa cinta dan sayang yang agung dan berkekalan hendaklah cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian barulah cinta kita kepada yang halal seperti cinta kepada keluarga, ibu ayah , isteri."celah ayah ketika mereka bergelak ketawa.

"Baiklah ayah..adik akan ingat kata-kata ayah."balas adik yang berada dalam pelukan ibunya.

PROOOOOOIIITTT......dalam kegembiraan mereka, bunyi tersebut muncul dan menyebarkan harumannya, adik hanya memandang umi dan ayah dengan muka tak bersalah dan berkata...:
"Adik nak melabur dulu ....heheheh"
Ayah dan umi hanya ketawa melihat anak mereka......


*KELUARGA BAHAGIA*




~scene kisah ini hanya rekaan semata-mata dan bait kata-kata hanyalah berdasarkan kefahaman penulis dan pembaca....harap bermanfaat ....#ilham diperoleh ketika mengalami ci_it-bi_it jugak hahahah#~

"perkemaskan yang fardhu, perbanyakkan yang sunat"

Jumaat, 7 Jun 2013

Bersiar... memuji Allah di Ardhul Kinanah

Mesir/Egypt/مصر  juga dikenali sebagai Ardhul Abiya' juga sebagai Ardhul Kinanah
biarpun negara ini kurang kemajuan dari aspek pembangunan dan infrastruktur, namun negara ini kaya
malah lebih kaya dari kebanyakan negara-negara membangundari segi apa????
dari segi pembangunan ilmu-ilmu islam.......berapa ramai ulama' ,golongan bijak pandai agama lahir dari negara ini...سبحان الله !!

Pembangunan sesebuah negara bukan sekadar kemajuan dari segi pembangunan atau infrastruktur, tetapi juga pembangunan ilmu ,akhlak,pembinaan modal insan juga merupakan kayu ukur bagi menentukan kemajuan sesebuah negara. والله أعلم .








 ladang gandum...ala2 sawah padi (Tanta,Mesir)




 view from rooftop.....betapa serabutnya

satu-satunya pokok yang boleh dianggap paling cantik bagiku di Iskandariah
(abaikan model berbaju pink dalam gambar)

 rooftop view...near to meditrenean sea

 Bandar la katakan...memang la serabut...



Masya Allah...Subhana Allah...indahnya ciptaan tuhan
menurut satu pendapat memandang laut juga merupakan 
salah satu perkara yang apabila dipandang akan mendapat pahala Allah.

Khamis, 6 Jun 2013

Aku sihat ke tak???

Bismillah....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Artikel yang lepas kita sebut tentang subjek pathology ,kali ini saya hendak berkongsi tentang subjek "COMMUNITY MEDICINE"
bak kata orang putih 'sharing is caring' jadi anggap la saya ni caring kepada anda semua hahaha..
kerana sabda Rasulullah S.A.W ,mafhumnya : "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)."                               (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam Al-Quran pun Allah telah berfirman:


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُون
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
                                            (Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)
 


Jadi apa salahnya kita mengambil berat sesama muslim....
*maaf.... kita macam dah lari topik je ni?*

Kembali kepada pangkalan maklumat kita yang asal, daripada subjek tersebut saya dan rakan-rakan ada belajar mengenai kesihatan.*nama pun medik kalau tak belajar tentang kesihatan bukan medik namanya*


KESIHATAN/HEALTH/صحة 
Menurut WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO), kesihatan bermaksud "sempurna atau stabil atau normal dari setiap aspek-aspek berikut: fizikal,sosial,mental,emosi,spiritual(jiwa),dan persekitaran. Bukan sekadar tidak bebas daripada penyakit. "
Berdasarkan definisi daripada WHO ini kita dapat lihat seseorang individu yang tidak berpenyakit tidak semestinya dia seorang yang sihat kerana individu tersebut cuma bebas daripada penyakit tetapi mental dan spiritualnya mungkin mengalami gangguan atau sebagainya. Jadi seseorang yang dikatakan sihat mestilah memnuhi ciri-ciri seperti yang disebut (yang anda baca) diatas dan yang akan anda baca dibawah:

Aspek-Aspek Keihatan

Fizikal : kemampuan anggota badan dan organ seseorang berfungsi dengan sempurna
Sosial : kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling termasuk ahli keluarganya
Emosi : kemampuan seseorang untuk mengawal, mengubah,dan beradaptasi dengan perasaan dan emosinya
Jiwa(spiritual) : perasaan atau deria (dalam BI senang lagi...SENSE) yang merasakan diri dan hidupnya                      bermakna dan bertujuan yang perlu dicapai 
Persekitaran : LUARAN - keadaan sekeliling seseorang 
                     DALAMAN - struktur dalaman seseorang seperti genetik

Di sini saya ingin menekankan salah satu daripada aspek kesihatan iaitu aspek spiritual atau jiwa atau batin.
Sebagai seorang MUSLIM yang beriman dan mengamalkan sepenuhnya arahan dan suruhan Allah serta meninggalkan apa yang dilarang, sebenarnya kita telahpun memenuhi aspek spiritual tersebut. Berdasarkan makna Spiritual diatas, melalui amal ibadah kita kepada Allah ,kehidupan, jiwa kita akan lebih tenang berbanding orang kafir yang menyembah berhala tak tentu hala. Selain itu, perjalanan hidup kita juga lebih terarah dan lebih bertujuan. 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.                                          [Adz Dzariyat [51] : 56].

Kesimpulannya ,sebagai umat islam kita sebenarnya telah memenuhi salah satu aspek kesihatan ,iaitu kesihatan dalaman. Namun kita perlu menjaga jiwa kita daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak,sombong,hasad,dengki,dan sebaginya kerana sifat-sifat ini akan mempengaruhi kesihatan dalaman manusia. Secara tidak langsung akan menganggu kestabilan emosi seseorang. Sebagai contoh ,apabila kita dengki dengan seseorang,maka kita akan marah terhadap orang tersebut,maka emosi kemarahan kita sedang berada dalam keadaan tidak stabil dan mampu mempengaruhi tindakan kita. Ibadah yang kita lakukan juga sebenarnya mampu menyihatkan tubuh badan serta emosi kita. Oleh itu jangan tinggalkan amalan fardhu dan jangan abaikan ibadah sunnat kerana bukan sahaja membawa kerugian di akhirat tetapi juga kerugian di dunia. Renung-renungkan~~~

wuarrrrggghhhhh.........nak balikkk...... 



                                                  mati kau semut aq raksaksa!!!!hahhahh



                                                                      ngeeeee~~~~