Ahad, 4 Ogos 2013

Yang tiada baru dikenang

Kari ayam menjadi juadah kami pada malam itu, maka aku dan housemate aku pun menyediakanlah bahan-bahan yang diperlukan...;ayam, bawang merah, bawang putih, serbuk kari,..*oi3 dah ni bkn entry masakan*
Ketika asyik memotong halia untuk dimasukkan ke dalam kari........TIBA-TIBA...

"ALLAH!....adouwwww.....sakit!!!!!!!!!!!!"aku menjerit selepas loading and buffering melihat darah yg mencurah laju dari jariku.
"hang ni betul ke sakit??asal loading sgt ko nak menjerit..hahha" kata housemate aku
selepas disimbahi saline...huish pedih bak hang...
"betul la...nampak darah banyak ni..." aku membalas sambil bergegas mencari tisu
"huish dalam kot luka tu...kene jahit ni...pegi klinik cepat.."kata kawan aq.
aku dengar je jahit2 ni....sensitif betul...cukup la satu jahitan je yang ada kat badan aku ...

Aku pun pergilah mencari klinik bersama seorang kawan aku selepas dipaksa berkali-kali.
Dua tiga farmasi jugak la yang kami pergi malam tu...semuanya tak boleh pakai. Ada satu farmasi tu pandang pun geli...hangat hati betul..mentang2 la dia tengah sibuk bergayut di telefon ntah dengan sapa ntah.

Akhirnya aku jumpa sebuah farmasi yang menyediakan perkhidmatan mencuci, merawat, dan 'dressing' luka.
Kami pun berkenalan dengan doktor tersebut. *dlm hati aku kata...haish doktor ni aku tgh sakit ni...sembang lebih2 plak..* Namun sebagai rakyat Malaysia yang terkenal di sini sebagai 'AHSAN NASS' (sebaik-baik manusia), aku pun terpaksa melemparkan senyuman walau sedang menahan sakit.

Semasa dia merawat luka aku dia sarankan aku agar pergi ke hospital untuk menerima jahitan , tapi aku buat tak tahu je..haha. Dia rawat macam rawat manusia yang takde urat saraf je...siap picit2 dan genggam kawasan luka. Aku rasa nak jerit je...tapi tahan je la...*itulah bangsa arab yg terkenal dengan kekasaran perilakunya*. Selepas selesai proses mencuci dan membalut luka, aku di minta untuk datang lagi bertemunya keesokan hari untuk dressing luka tersebut. 
selepas dressing luka yg kedua..*dr. lain*

Hampir dua minggu aku berulang alik membuat dressing luka itu dengan beberapa orang doktor(main tukar2 doktor...mana la tau jumpa doktor yang lembut sikit, tetapi gagal semuanya rawat macam nerveless.

Insiden ini berlaku ketika study leave final exam semester 1. Jadi terpaksa la aku menjawab pepeiksaan dalam keadaan jari berbalut*nasib la jari tangan kiri*

Sungguh menyiksakan ketiadaan satu jari walau pun masih berbaki 9 jari tangan lagi. Jangan kita persolakan kenapa dan mengapa Allah ciptakan begtu dan begini kerana setiap ciptaan Allah itu ada tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Terdapat satu cara mudah untuk kita tahu tujuan dan kepentingan sesuatu ciptaan Allah. Caranya ialah...: contohnya kita hendak mengetahui fungsi setiap jari kita. kita ada 10 jari ,5 kanan, 5kiri ....nak tahu kepentingan setiap satu, kita hilangkan ia, lukakan ia, maksudnya hilangkan kebolehan jari tersebut atau lagi terbaik hilangkan terus kewujudan jari tersebut. Selepas itu anda rasa bagaimana pergerakan kita, adakah terganggu atau biasa sahaja.

YANG TIADA BARU DIKENANG selepas kita kehilangan jari kita itu ,barulah kita tahu kepentingan jari itu. Begitu jugalah dengan yang lain. Sudah menjadi fitrah sesetengah manusia ,apabila sudah tiada barulah tercari-cari terkenang-kenang. Contoh yang mudah dan selalu kita dengar ialah kehilangan ibu bapa. Semasa ibu bapa masih bernafas, mereka-mereka ini langsung tidak endah akan ibu bapa mereka, namun selepas ibu bapanya menghembuskan nafas yang terakhir , barulah sibuk menangisi pemergian ibu bapa. 

Astaghfirullah...moga kita dijauh daripada menjadi golongan-golongan seperti ini. KUFUR NIKMAT.
Hargailah ibu bapa kita selagi mana mereka masih hidup di atas muka bumi ini kerana selepas mereka berada di perut bumi, tiada apa yang boleh kita lakukan...hanya penyesalan yang tiada untungnya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan