Khamis, 6 Jun 2013

Aku sihat ke tak???

Bismillah....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Artikel yang lepas kita sebut tentang subjek pathology ,kali ini saya hendak berkongsi tentang subjek "COMMUNITY MEDICINE"
bak kata orang putih 'sharing is caring' jadi anggap la saya ni caring kepada anda semua hahaha..
kerana sabda Rasulullah S.A.W ,mafhumnya : "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)."                               (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam Al-Quran pun Allah telah berfirman:


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُون
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
                                            (Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)
 


Jadi apa salahnya kita mengambil berat sesama muslim....
*maaf.... kita macam dah lari topik je ni?*

Kembali kepada pangkalan maklumat kita yang asal, daripada subjek tersebut saya dan rakan-rakan ada belajar mengenai kesihatan.*nama pun medik kalau tak belajar tentang kesihatan bukan medik namanya*


KESIHATAN/HEALTH/صحة 
Menurut WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO), kesihatan bermaksud "sempurna atau stabil atau normal dari setiap aspek-aspek berikut: fizikal,sosial,mental,emosi,spiritual(jiwa),dan persekitaran. Bukan sekadar tidak bebas daripada penyakit. "
Berdasarkan definisi daripada WHO ini kita dapat lihat seseorang individu yang tidak berpenyakit tidak semestinya dia seorang yang sihat kerana individu tersebut cuma bebas daripada penyakit tetapi mental dan spiritualnya mungkin mengalami gangguan atau sebagainya. Jadi seseorang yang dikatakan sihat mestilah memnuhi ciri-ciri seperti yang disebut (yang anda baca) diatas dan yang akan anda baca dibawah:

Aspek-Aspek Keihatan

Fizikal : kemampuan anggota badan dan organ seseorang berfungsi dengan sempurna
Sosial : kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling termasuk ahli keluarganya
Emosi : kemampuan seseorang untuk mengawal, mengubah,dan beradaptasi dengan perasaan dan emosinya
Jiwa(spiritual) : perasaan atau deria (dalam BI senang lagi...SENSE) yang merasakan diri dan hidupnya                      bermakna dan bertujuan yang perlu dicapai 
Persekitaran : LUARAN - keadaan sekeliling seseorang 
                     DALAMAN - struktur dalaman seseorang seperti genetik

Di sini saya ingin menekankan salah satu daripada aspek kesihatan iaitu aspek spiritual atau jiwa atau batin.
Sebagai seorang MUSLIM yang beriman dan mengamalkan sepenuhnya arahan dan suruhan Allah serta meninggalkan apa yang dilarang, sebenarnya kita telahpun memenuhi aspek spiritual tersebut. Berdasarkan makna Spiritual diatas, melalui amal ibadah kita kepada Allah ,kehidupan, jiwa kita akan lebih tenang berbanding orang kafir yang menyembah berhala tak tentu hala. Selain itu, perjalanan hidup kita juga lebih terarah dan lebih bertujuan. 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.                                          [Adz Dzariyat [51] : 56].

Kesimpulannya ,sebagai umat islam kita sebenarnya telah memenuhi salah satu aspek kesihatan ,iaitu kesihatan dalaman. Namun kita perlu menjaga jiwa kita daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak,sombong,hasad,dengki,dan sebaginya kerana sifat-sifat ini akan mempengaruhi kesihatan dalaman manusia. Secara tidak langsung akan menganggu kestabilan emosi seseorang. Sebagai contoh ,apabila kita dengki dengan seseorang,maka kita akan marah terhadap orang tersebut,maka emosi kemarahan kita sedang berada dalam keadaan tidak stabil dan mampu mempengaruhi tindakan kita. Ibadah yang kita lakukan juga sebenarnya mampu menyihatkan tubuh badan serta emosi kita. Oleh itu jangan tinggalkan amalan fardhu dan jangan abaikan ibadah sunnat kerana bukan sahaja membawa kerugian di akhirat tetapi juga kerugian di dunia. Renung-renungkan~~~

wuarrrrggghhhhh.........nak balikkk...... 



                                                  mati kau semut aq raksaksa!!!!hahhahh



                                                                      ngeeeee~~~~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan