Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...
In syaa Allah....di lembaran media kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang masih terselit di celahan memori saya yang saya perolehi sepanjang pengajian saya.
Masa saya bersekolah dahulu, saya dan rakan-rakan lain telah menghadiri satu ceramah bertajuk:
AL-QURAN DAN PERUBATAN. Kalau difikirkan balik....banyak ilmu boleh dapat daripada ceramah tersebut, tambahan pula penyampainya seorang doktor....tapi...hurmmm..."masuk angin keluar asap je.."Awal-awalnya semua bersemangat nak dengar siap bawa nota bagai (tu pun sebab ust. selalu bising pelajar lelaki tak bawa nota la...tak dengar ceramah yang disampaikan la ape la...macam la..)Tapi tu awal-awal la...lepas setengah jam ceramah disampaikan , semua mula panas punggung nama pun lelaki,memang tak reti duduk diam. Buku nota pulak buat cukup syarat je takut ust. bising lagi. Tapi sepanjang ceramah tu berlangsung, satu point yang saya masih tersimpan dalam otak(ada la jugak daripada takde langsung) ialah....
(وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ
عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا)
[Surat Al-Kahf : 18]
daripada surah Al-Kahfi,ayat18 sepertimana ayat diatas. Maksud ayat diatas ialah
"Dan engkau sangka mereka sedar. padahal mereka tidur;dan Kami bolak-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka"
Disini saya meng'highlight'kan "dan Kami bolak-balikkan tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri".....Apa tujuan Allah berfirman sedemikian???kenapa nak kene bolak-balikkan orang yang tidur??? kenapa tak biar je tujuh sahabat "Ashabul Kahfi" tu tidur macam biasa je???
kenapa?kenapa?kenapa?
Sebenarnya saya pun dah lupa kenapa peristiwa kecil ini (hanya bolak-balikkan orang yg tidur) Allah lakarkan dalam Al-Quran. Berapa lama saya ingat benda ni tapi tak tahu yang sepenuhnya."Sesungguhnya setiap perkara dan ciptaan Allah itu ada tujuan dan hikmahnya".
Apa hikmahnya???
Masa belajar subjek pathology yang mana subjek yang mempelajari tentang penyakit-penyakit manusia, saya belajar tentang WET GANGRENE (MOIST GANGRENE) "penyakit ape tu???"
"Kalau nak tau belajar sendiri sebab saya di sini bukan nak menerangkan tentang penyakit itu secara mendalam"
di bawah tajuk ini terdapat satu penyakit iaitu BED SORE (moist gangrene of the skin of the back) penyakit ini merupakan komplikasi disebabkan tidur dalam keadaan statik dalam jangka waktu yang amat lama. Komplikasi ini berlaku di kawasan 'sacrum' dan 'greater trochanter(di bahagian paha) di mana kawasan ini tekanan yang kuat antara tubuh badan dan tempat kita tidur. Hal ini menyebabkan saluran darah tersekat dan pembentukan thrombus berlaku yang menghalang pergerakan darah.(kalau tak faham boleh seacrh kat google)
Allah membolak-balikkan tubuh badan ashabul kahfi ketika tidur mereka adalah bertujuan untuk membenarkan pengaliran darah berlaku secara normal ke seluruh badah termasuklah di bahagian belakang. Maka komplikasi atau penyakit yang saya nyatakan di atas tidak akan berlaku ke atas pemuda-pemuda Ashabul Kahfi.
Jelaslah bahawa Al-Quran yang diturunkan pada ratusan,ribuan tahun dahulu kepada Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W merupakan mukjizat yang lengkap, bukan sekadar dalam ibadah semata-mata tetapi keseluruhan hidup manusia Allah telah bekalkan panduan manual melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Hukum hakam, ibadah,kesihatan ....semua perkara terkandung dalam Al-Quran dan Hadith. Maka sama-samalah kita bertadabbur dan mengkaji Al-Quran. Golongan yahudi bersusah payah mengkaji Al-Quran untuk mencari dan mendalami perkara-perkara baru. kita pula umat islam bersusah payah mencari dan menghafal lagu-lagu dan hiburan-hiburan yang lain yang menjadi senjata modern orang kafir untuk merosakkan umat islam.
*Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan