Sabtu, 16 Februari 2013

Mata dan hati

"Biar kita buta mata
Jangan kita buta hati
Kerna buta mata hanya didunia
Buta hati hingga ke akhirat nanti..."

"Orang buta tua pulak tu boleh pergi masjid....takkan kita orang celik lagi muda tak boleh pergi masjid"
Di mana silapnya orang yang celik ni???
Di sebuah masjid aku sering memerhatikan seorang pakcik tua yang buta yang sentiasa berada di saf yang pertama di sebelah mimbar, itulah 'port' dia di masjid tu. Dia hanya duduk tenang menantikan waktu solat sambil berzikir mengingati Allah. Apabila selesai solat dia akan terus duduk bersandarkan mimbar. Mimbar yang disandarkannya itu berfungsi sebagai arah kiblat untuk, jika dia duduk ditampat lain mungkin sukar untuknya solat kerana mungkin salah kiblat,orang buta mana boleh nampak...
Setiap waktu dia akan hadir. Dia hanya mengharapkan rakan-rakannya untuk membimbingnya ke masjid. Begitulh juga apabila waktu pulang ke rumah. Semangat orang tua itu untuk solat berjemaah di masjid sungguh menyentuh hatiku yang kadang celik dan kadang buta. Aku juga kasihan melihat orang-orang muda di kawasan sekeliling yang celik lagi sihat. Namun celik dan sihat meraka hanya di luaran tetapi mereka mungkin juga termasuk diri ini buta dan sakit di dalam. Orang buta dan warga oku yang lain sebenarnya lebih sihat dan celik dalam hatinya berbanding kita yang hanya sihat dan celik di luaran. Yang buta terhindar dari maksiat mata, yang pekak terhindar dari maksiat telinga, yang bisu terhindar dari maksiat mulut.....begitu juga yang lain-lain.
Aku teriingat sebuah kisah di zaman rasulullah, di mana seorang sahabat yang buta masih digalakkan oleh Nabi Muhammad untuk ke masjid walau dengan apa cara sekalipun. Betapa besarnya fadhilat solat berjamaah di masjid.
Orang tua yang sentiasa bersolat di masjid itu sering menjadi penaik semangat untukku terus bersolat dimasjid ,ini kerana semangatnya terkesan didalam diriku dan mungkin juga kerana wajahnya mirip seperti datukku yang sudah tiada di dunia fana ini.

Orang biasa berkata "eleh...orang tua memanglah duduk kat masjid , dulu muda dia teruk juga masa tua baru dia insaf"
Mungkin benar kata -kata demikian dan mungkin salah kata-kata demikian. Jika benar orang tua itu di waktu mudanya teruk....itu rezeki dia sempat bertaubat dan insaf di hujung usia. Kita yang muda ....adakah dapat rezeki yang sama ???adakah kita sempat menjenguk usia tua???adakah tahu usia kita mati???fikir-fikirkanlah wahai diriku yang lemah dan rakan sekalian....

~Pandanglah orang tua dgn rasa rendah diri kerana mungkin dia lebih banyak pahala telah dia buat sepanjang usianya
Pandanglah orang yang lebih muda dgn rasa rendah diri kerana mungkin dia muda dan sedikit sahaja dosanya berbanding kita
Pandanglah orang kurang upaya dgn rasa rendah diri kerana mungkin kekurangannya merupakan kelibahan untuknya di akhirt nanti~