Isnin, 31 Disember 2012

Warkah Cinta -IM Nazrul ft. UNIC

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]
Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.

Selasa, 25 Disember 2012

Mutiara di hati

Isteri itu komplementari suami
Tetapi bukan dokumentari si lelaki
Ia mudah dijumpai tetapi sukar dicari
Kerana ia tersembunyi disebalik duniawi
Biar berjuta wanita di dunia ini
Tidak semua bisa digelar isteri
Isteri yang taat pada suami
Isteri yang membawa kebahagiaan hingga ke akhirat nanti.
Mampukah aku memiliki isteri setabah mariam
Jika diriku masih terdiam
Terdiam membiarkan maksiat berleluasa
Terdiam membiarkan diri terus terlena
Dibuai arus dunia.
Bisakah aku mendapatkan isteri secantik A'isyah
Jika diri ini masih resah dan gelisah
Memikirkan hal dunia dan melupakan Allah,
Mencari dunia melupakan barakah
Dan hanya mengikut nafsu serakah.
Bagaimana aku bisa mengahwini wanita sehebat Siti Khadijah
Jika nafsu diri masih menjajah
Islam pula aku hanya ambil tak kisah
Adakah ini lelaki idaman wanita solehah
Astaghfirullah.....
Ya Allah....
Hambamu ini hamba yang lemah
Hamba yang hanya bisa berserah.
Ya Allah yang Maha Agung...
Hambamu ini hamba yang dhaif
Hanya kepadamu aku bergantung
Kerana Engkau lebih arif.
Bismillahi tawakkaltu a'la Allah.
Berkeluarga ibarat buah berduri
Berkeras bersusah sekarang untuk kemudian hari
Demi memperoleh isteri mithali
Aku akan sentiasa memlihara iman di hati.
~dedicated to all my friends who are eager to get marriage...muhasabah diri sebelum kita mampu membimbing dan memuhasabahkan org lain..waallahu a'alam..~

Jumaat, 21 Disember 2012

Doa !!!

"Kain pak mamat kain pelikat
Dah penat aku doa tapi tak dapat-dapat"

Adakah kita pernah berkata-kata demikian??
Adakah kita pernah berputus harapan dari Tuhan??
Adakah kita pernah berhenti berdoa??
Adakah kita tahu bahawa doa kita tidak terima??

Bagi seorang hamba Allah yang beriman lagi bertaqwa, jawapan kepada soalan diatas adalah : TIDAK
Sebagai muslim yang mu'min kita sewajibnya senantiasa memohon dan mengharapkan pertolongan daripada Allah. Dalam setiap rakaat solat kita juga kita sudah menyebut bahawa tempat kita menyembah dan kita memohon pertolongan adalah HANYA kepada ALLAH.

1:5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Setelah saban hari kita melafazkan ayat di atas sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam, takkan kita hendak berhenti berdoa?takkan kita hendak mengharap daripada Tuhan?? Oleh itu tidak sepatutnya kita mengeluh "kenapa doa aku tidak dimakbulkan Tuhan?" Sesungguhnya Allah merupakan sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang dan apa yang tidak baik untuk kita.

3:54
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Kenapa doaku tidak dimakbulkan Tuhan??
Sebenarnya disebalik doa yang kita baca , terdapat beberapa hikmah. Jika doa termakbul, ada hikmahnya. Jika doa tidak diterima pun ada hikmah. Jika Allah tidak memakbulkan doa seseorang, bermakna Allah suka kita berdoa kepada-Nya dan Allah melewatkan makbulnya doa kita agar kita terus berdoa kepada-Nya.

Jika doa kita tidak termakbul, berkemungkinan juga Allah mempunyai sesuatu rancangan yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Sebagai contoh kita berdoa agar diperjodohkan dengan gadis idaman kita, namun apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Ini bukan bermakna Allah tidak memakbulkan doa kita tetapi Allah mempunyai rancangan lebih baik lain untuk kita bagi menggantikan apa yang kita doakan.

“Sesuatu yang menurutmu baik untukmu, belum tentu baik menurut Allah untukmu. Dan sesuatu yang menurutmu buruk bagimu, belum tentu buruk menurut Allah bagimu”.

Jika doa kita tidak dimakbulkan Tuhan, jangan kita fikir Allah melupakan kita. Tetapi sebenarnya Allah akan membalas doa kita di akhirat kelak. Maka jangan sesekali kita jemu berdoa dan mengharap daripada Tuhan. Hal ini kerana semakin banyak kita berdoa kepada Allah semakin kita mendekatkan diri kepada-Nya. Jangan pula kita hanya beribadat dan berdoa ketika saat memerlukan sahaja, tetapi hendaklah kita beristiqamah beribadat dan berdoa kepa Allah ta'ala.

"Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dan jika doa kita tidak dimakbulkan Tuhan, muhasabahlah diri kita, sama ada ibadat kita, perilaku seharian kita,

"Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan." Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya." 

'Ala kulli hal, kita seharusnya sentiasa berdoa dan mengharap kepada Tuhan kerana Allah merupakan satu-satunya tempat mengadu bagi orang islam yang beriman. Dan orang yang tidak berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong dan bongkak kepada Penciptanya sendiri.

40:60
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.

Wa Allahu a'alam~

~semoga kita terus perbanyakkan berdoa dan mengharapkan pertolongan dan bantuan dari Allah Al-Khaliq. Dan semoga doa kita ikhlas dan diperkenankan oleh-Nya. In syaa Allah...~

Rabu, 19 Disember 2012

PEPERIKSAAN DUNIA, PEPERIKSAAN QUBUR, PEPERIKSAAN ALAM BAQA'

"Periksa! Periksa! Periksa!..."
"UPSR, PMR, SPM, MID TERM EXAM, END YEAR EXAM..."
Itu hanyalah ujian dan peperiksaan dunia sahaja, kita sudah takut , cuak kerana bimbang akan kesusahan soalan yang bakal ditempuhi, bimbang akan keputusan yang akan diterima kemudiannya. Namun persoalkan kembali kepada diri masing-masing adakah kita takut untuk peperiksaan kubur dan peperiksaan akhirat??? Adakah kita bersedia untuk menghadapi dan menjawab soalan-soalan yang akan diajukan??? Walau soalan sudah bocor...walau jawapan sudah tersedia... adakah kita mampu dan berjaya mengharungi peperiksaan-peperiksaan Allah ini??? Sama-sama kita renungkan dan bermuhasabah kembali.

Dari Asma' r.a katanya:Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah! Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. Kata ˜Asma selanjutnya, Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini? Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.

SIAPA TUHAN KAMU???
SIAPA NABI KAMU???
APAKAH AGAMA KAMU???
APAKAH IMAM KAMU???
APAKAH QIBLAT KAMU???
SIAPAKAH SAUDARA KAMU???

Sudah jelas lagi bersuluh soalan yang akan ditanya di alam kubur nanti. Begitu juga jawapannya :

ALLAH TUHANKU.
NABI MUHAMMAD S.A.W. NABIKU.
ISLAM AGAMAKU.
AL-QURAN IMAMKU, PEGANGANKU.
UMAT ISLAM SAUDARAKU.

Namun apa yang perlu dibimbangkan adalah 'apakah yang akan menjawab soalan-soalan itu??' Bukan mulut yang berbicara bukan bibir dan lidah yang berkata-kata, tetapi amalan-amalan soleh kita yang akan mewakili kita menerusi anggota-anggota badan kita yang lain. Jika banyak amalan kita, mudah kita menjawabnya, jika sebaliknya...mendengar hentakan kaki malaikat munkar dan nakir pun kita sudah menggigil ketakutan. Bayangkan satu hentaman malaikat ini menghentam si mati yang gagal menjawab soalan yang diajukan sudah berhasta-hasta dalamnya si mati tenggelam di bawah tanah. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Selesai di peperiksaan di alam kubur, kita seterusnya menunggu 'result' kita di alam baqa' di mana semua 'jawapan' yang kita persembahkan di dunia ini akan diadili dan dimarkahi oleh TUHAN yang MAHA ADIL. Baik resultnya baiklah kehidupan seterusnya, jika buruk resultnya maka sengsaralah ia di neraka yang membahang. A'la kulli hal, persembahkanlah watakmu didunia sebagai hamba yang taat dan bertaqwa agar bahagia di kemudian hari. Setiap detik kita tidak boleh tidak lari daripada watak kita sendiri iaitu seorang hamba kepada Penciptanya. Oleh itu sentiasalah kita merasakan bahawa Tuhan yang maha Esa sedang memrhatikan kita agar segala amalan kita dapat dikawal oleh iman dan akal kita ke arah mendekatkan diri kepada-Nya. In syaa Allah.

Konklusi mudah yang dapat dirangkumkan adalah setiap makhluk yang beriman dan bertaqwa perlu senantiasa berhati-hati dalam perilakunya kerana sedar dia sedang melakukan persembahan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di akhirat kelak. Oleh itu ibu bapa dan pihak2 lain perlu lebih menitikberatkan "peperiksaan ghaib" ini daripada peperiksaan duniawi. Sebagai contoh ibu bapa perlu menanyakan dahulu sama ada anak mereka sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah seperti solat, puasa, dan lain-lain sebelum menanyakan tentang pelajarannya atau lain2 perkara berkaitan dunia.WA ALLAHU A'ALAM...

~sama-sama kita bermuhasabah diri masing adakah kita ini seorang hamba yang taat kepada Tuhan atau sebaliknya semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua in syaa Allah...amiin~

Selasa, 18 Disember 2012

Padi dan Lalang

"Jika kita menanam padi, maka lalang akan tumbuh sekali bersama-sama padi.
Jika kita menanam lalang, padi takkan sekali-kali tumbuh."

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Para sahabat dan sahabiah , dunia yang sementara ini ibarat lalang dan akhirat yg kekal selamanya ibarat padi.

Sabda Rasulullah s.a.w.:" Barangsiapa yang mengejar dunia maka mereka akan dapat dunia tetapi akhirat semakin jauh daripada mereka. Dan barangsiapa yang mengejar akhirat , mereka akan dapat akhirat dan dunia akan mendatangi mereka."

Daripada cebisan kata Rasulullah s.a.w. itu jelas tersuluh bahawa manusia sebagai makhluk yang berakal wajib menjadikan akhirat yang abadi sebagai target dengan cara meng'abdikan diri kepada Allah 'Azzawajalla ,dan bukannya menjadi hamba kepada dunia yang penuh dengan kepalsuan dan godaan.

Sebagai seorang muslim yang mu'min lagi berakal, dunia ini seperti penjara sementara demi mendapatkan kebebasan yang kekal selamanya di akhirat sana. Sebaliknya pula bagi orang kafir , bagi mereka inilah dunia mereka ,dunia yang kekal dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghiraukan hari kemudian. Sedangkan mereka alpa bahawa selepas dunia fana ini , terdapat sebuah lagi destinasi ,destinasi tujuan semua manusia ,iaitu ALAM BAQA' yang kekal abadi. Akibatnya orang kafir yang bebas di dunia akan terpenjara selamanya di penjara Allah ta'ala,neraka. Nauzubillahi min zali,...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"(Al-Baqarah : 201)

'Ala kulli hal, dalam kita mengejar akhirat kita sebagai muslim yang mu'min tidak boleh menghiraukan hal keduniaan kerana dunia merupakan landasan kita untuk menuju akhirat. Sebagai contoh, seorang suami perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya tanpa meninggalkan suruhan Allah . Seorang pelajar perlu menuntut ilmu duniawi di samping ilmu ukhrawi agar islam tidak akan mundur dan lemah. Sebagai konklusi mudah, umat islam perlu seimbang dalam semua hal ,tidak kira hal-hal duniawi seperti siasah, iqtisas dan lain-lain .

 

عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .

[رواه البخاري]

 Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam memegang pundak kedua pundak saya seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara “, Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu “(Riwayat Bukhori) 

Hanya peringatan di sini , jangan jadikan diri kita sebagai hamba kepada dunia iaitu mengikut semua kehendak dunia sehingga terkeluar dari landasan hidup kita yang asal. Hal ini kerana , kesan daripada menjadi hamba kepada keseronokan dunia, akan timbul rasa cinta akan dunia, cinta akan godaan dunia sehingga takut untuk menemui ajal kerana ketidaksediaan kita menghadap Pencipta yang Agung. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu haiRasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud 

A'la kulli hal, ingatlah bahawa kita semua hamba Allah, terikat dengan peraturannya. Maka wajib ke atas kita untuk mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana tujuan penciptaan semua makhluk adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah,Tuhan yang Esa.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
- Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
- Al-Hujuraat: Ayat 13

~semoga kita semua sentiasa berada di landasan hidup yang lurus kearah mengabdikan diri kepada-Nya...wa Allhu a'alam..~

Isnin, 17 Disember 2012

Kalimah cinta (IN TEAM)

Pepohon cintaku kian merimbun 
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia 

Siapalah aku menolak cinta 
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa 
Hidup ini tidak akan sempurna 
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa 

Adam Hawa bercinta di Syurga 
Angkara iblis terpisah menderita 
Kerana cinta mereka setia 
Bertemu di dunia 

Dengan cinta kenal Pencipta 
Dengan cinta kenal RasulNya 
Kerana cinta kenal saudara 
Bahagia keluarga 

Oh indahnya cinta
Hidup tanpa cinta 
Sengsaralah jiwa 
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa 

Di batasan cinta syariat terjaga 
Tanpa keraguan tanpa kesangsian 
Betapa sucinya kasihMu Tuhan 
Betapa agungnya kebesaranMu 
Diri ini mengharapkan cintaMu 
Kekalkanlah rasa kehambaan ku 

Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) 
Penerbit : Isman Nadim Isam Program Muzik : Trabye 
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Ahad, 16 Disember 2012

Nafsu takkan sekali-kali ditewaskan dengan nafsu..

NAFSU merupakan antara musuh ketat dan musuh karib setiap manusia. Nafsu bermaksud diri sendiri atau kehendak. Nafsu yang baik adalah nafsu dikawal dan dihadkan oleh IMAN...manakala nafsu yang buruk dan jahat pula adalah nafsu yang membawa kepada keburukan dan kehinaan kepada seorang insan . Nafsu terbahagi kepada beberapa bahagian ;nafsu lauwamah , nafsu ammarah ,dan nafsu mutmainnah...

"Sesungguhnya manusia merupakan satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang paling unik(sebaik-baik ciptaan) kerana diciptakan memiliki nafsu ,iman dan akal.."

Manusia yang dikuasai oleh akal akan berjaya di dunia,
Manusia yang dikuasai oleh iman akan berjaya di dunia dan akhirat,
Manusia yang dikuasai oleh nafsu .....maka gagallah ia di dunia mahupun akhirat.

Nafsu yang buruk dan merosakkan pula boleh dikategorikan sebagai sekutu atau kroni syaitanirrajiim... Segala perilaku dan perbuatan seorang manusia yang berlandaskan nafsu akan dibantu dan disokong oleh syaitan. Sama ada iman yang menguasai hati ataupun nafsu yang menguasai diri akan mempengaruhi tingkah laku seseorang.

"Sabda rasulullah: Seseungguhnya dalam diri setiap manusia terdapat seketul daging ,jika elok dan baik daging tersebut maka baiklah seluruhnya,dan jika buruk serta busuk daging tersebut maka burukalah seluruhnya....ia adalah qalbu"

Berdasarkan mutiara kata ilmu daripada rasulullah...dapat kita simpulkan bahawa diri kita sewajibnya dikuasai oleh IMAN dan BUKAN NAFSU.

Nafsu terhadap diri sendiri
Diri kita juga boleh menjadi nafsu kepada kita. Malas ,marah,cemburu,dengki,hasad,dan lain-lain sifatul mazmumah adah sebahagian daripada angkara nafsu dengan dorongan syaitan.... Hanya iman dan amal yang ikhlas sahaja dapat melindungi diri kita daripada sifat-sifat tersebut. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda...:

"Peperangan yang paling dahsyat yang dilalui oleh umat manusia ialah peperangan terhadap nafsu."

Oleh itu nafsu sepatutnya menjadi hamba kepada iman supaya setiap perlakuan kita akan dikawal in syaa Allah.

Nafsu terhadap wanita/lelaki (jantina yang berlainan)
Nafsu syahawat atau nafsu batin merupakan salah satu cabang nafsu lauwamah yang bisa membawa keburukan kepada individu,menjatuhkan maruah individu dan keluarga serta mendatangkan bala dan azab daripada YANG MAHA MENCIPTA. Kapel (couple),zina,kes buang anak ....semuanya adalah rentetan daripada nafsu syahawat yang tidak terkawal dan salah tempias. Didikan agama dan perhatian ibu bapa merupakan faktor yang penting yang mampu membendung gejela yang dilaknat ini.

Nafsu terhadap lain-lain
Makan ,tidur,berhibur,semuanya daripada nafsu(kehendak) . Nafsu ini juga perlu dikawal agar perbuatan berlandaskan nafsu ini dapat berkat dan redha allah beserta niat yang betul. Sebagai contoh makan dengan niat untuk sihat agar dapat melakukan ibadah kepada-Nya. Namun jika niat itu sudah betul tapi melahap makanan sehingga berpinggan-pinggan ,teserlah di situ kurangnya kawalan nafsu dan membawa kepad sifat haloba dan membazir. Sabda rasulullah :

"Seorang muslim hanya memiliki satu perut manakala seorang kafir mempunyai lapan perut."

Hadith ini dirakamkan ketika rasulullah berjumpa dengan seorang tawanan perang lalu baginda memberikannya susu daripada seekor kambing sambil diperhatikan oleh para sahabat dalam keadaan aneh. Setelah selesai tawanan itu minum baginda bertanya adakah dia mahukan susu lagi, dia menjawab dengan rasa hairan bercampur tamak mahukan susu lagi. Baginda pun memberi dan bertanya sekali lagi sehingga lapan kali dan kemudian tawanan itu berhenti meminta. Kemudian baginda melepaskannya dengan beberapa syarat. Tawanan itu dengan rasa bersyukur dan terkejut dengan sikap baginda terhadapnya lalu dia memeluk agama islam . Setelah beberapa bulan tawanan itu memeluk islam baginda memanggil tawanan itu dan memberikannya segelas susu. Setelah selesai minum baginda menawarkannya segelas lagi, namun beliau menolak kerana dan berterima kasih kepada baginda. Para sahabat mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut maka terakamlah hadith di atas.

A'la kulli hal...nafsu dapat ditewaskan dengan iman dan amal yang ikhlas. Nafsu yang terkawal dapat membimbing manusia kearah keredhaan dan keberkatan daripada Allah ta'ala....in syaa Allah.

~semoga kita semua terlindung daripada nafsu yang membawa kepada keburukan dan kehinaan serta bisa mendatang azab dan bala daripada Allah ta'ala...in syaa Allah...amiin.~

Muqaddimah Bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syukur ke hadrat Illahi , dengan limpah kurnia serta taufiq dan hidayah-Nya dapat kita sekali lagi menghirup nafas baru pada saban hari dalam keadaan berada berada di bawah dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM, serta diberi peluang menanam benih-benih amalan untuk dituai di hari kemudian dan sebagai bekalan serta pelindungan dari azab-Nya...

Pergi nelayan mencari ikan
Nasibnya baik di waktu gerhana
Ampun dan maaf sering didahulukan
Dari seorang hamba yang dhaif lagi hina

Di lembaran maya ini....sedikit perkongsian dan tautan hidup seorang manusia yang bergelar hamba yang sering berharap menjadi seorang 'Beta'. Peekongsian ini bukan untuk sesiapa atau ditujukan kepada sesiap TETAPI hanya untuk mereka yang alpa...tidak terkecuali penulis yang kerdil lagi hina ini..(surah as-saff,ayat 2-3)
WAALLAHU A'ALAM....

~semoga dipanjangkan umur dan diberikan rahmat kepada kita semua agar syiar islam akan terus dilaungkan...amiin~