"Jika kita menanam padi, maka lalang akan tumbuh sekali bersama-sama padi.
Jika kita menanam lalang, padi takkan sekali-kali tumbuh."
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Para sahabat dan sahabiah , dunia yang sementara ini ibarat lalang dan akhirat yg kekal selamanya ibarat padi.
Sabda Rasulullah s.a.w.:" Barangsiapa yang mengejar dunia maka mereka akan dapat dunia tetapi akhirat semakin jauh daripada mereka. Dan barangsiapa yang mengejar akhirat , mereka akan dapat akhirat dan dunia akan mendatangi mereka."
Daripada cebisan kata Rasulullah s.a.w. itu jelas tersuluh bahawa manusia sebagai makhluk yang berakal wajib menjadikan akhirat yang abadi sebagai target dengan cara meng'abdikan diri kepada Allah 'Azzawajalla ,dan bukannya menjadi hamba kepada dunia yang penuh dengan kepalsuan dan godaan.
Sebagai seorang muslim yang mu'min lagi berakal, dunia ini seperti penjara sementara demi mendapatkan kebebasan yang kekal selamanya di akhirat sana. Sebaliknya pula bagi orang kafir , bagi mereka inilah dunia mereka ,dunia yang kekal dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghiraukan hari kemudian. Sedangkan mereka alpa bahawa selepas dunia fana ini , terdapat sebuah lagi destinasi ,destinasi tujuan semua manusia ,iaitu ALAM BAQA' yang kekal abadi. Akibatnya orang kafir yang bebas di dunia akan terpenjara selamanya di penjara Allah ta'ala,neraka. Nauzubillahi min zali,...
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"(Al-Baqarah : 201)
'Ala kulli hal, dalam kita mengejar akhirat kita sebagai muslim yang mu'min tidak boleh menghiraukan hal keduniaan kerana dunia merupakan landasan kita untuk menuju akhirat. Sebagai contoh, seorang suami perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya tanpa meninggalkan suruhan Allah . Seorang pelajar perlu menuntut ilmu duniawi di samping ilmu ukhrawi agar islam tidak akan mundur dan lemah. Sebagai konklusi mudah, umat islam perlu seimbang dalam semua hal ,tidak kira hal-hal duniawi seperti siasah, iqtisas dan lain-lain .
عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ . وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ .
[رواه البخاري]
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam memegang pundak kedua pundak saya seraya bersabda : Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara “, Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu “(Riwayat Bukhori)
Hanya peringatan di sini , jangan jadikan diri kita sebagai hamba kepada dunia iaitu mengikut semua kehendak dunia sehingga terkeluar dari landasan hidup kita yang asal. Hal ini kerana , kesan daripada menjadi hamba kepada keseronokan dunia, akan timbul rasa cinta akan dunia, cinta akan godaan dunia sehingga takut untuk menemui ajal kerana ketidaksediaan kita menghadap Pencipta yang Agung. Sabda Rasulullah s.a.w. :
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu haiRasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud
A'la kulli hal, ingatlah bahawa kita semua hamba Allah, terikat dengan peraturannya. Maka wajib ke atas kita untuk mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana tujuan penciptaan semua makhluk adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah,Tuhan yang Esa.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
- Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
- Al-Hujuraat: Ayat 13
~semoga kita semua sentiasa berada di landasan hidup yang lurus kearah mengabdikan diri kepada-Nya...wa Allhu a'alam..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan