Rabu, 19 Disember 2012

PEPERIKSAAN DUNIA, PEPERIKSAAN QUBUR, PEPERIKSAAN ALAM BAQA'

"Periksa! Periksa! Periksa!..."
"UPSR, PMR, SPM, MID TERM EXAM, END YEAR EXAM..."
Itu hanyalah ujian dan peperiksaan dunia sahaja, kita sudah takut , cuak kerana bimbang akan kesusahan soalan yang bakal ditempuhi, bimbang akan keputusan yang akan diterima kemudiannya. Namun persoalkan kembali kepada diri masing-masing adakah kita takut untuk peperiksaan kubur dan peperiksaan akhirat??? Adakah kita bersedia untuk menghadapi dan menjawab soalan-soalan yang akan diajukan??? Walau soalan sudah bocor...walau jawapan sudah tersedia... adakah kita mampu dan berjaya mengharungi peperiksaan-peperiksaan Allah ini??? Sama-sama kita renungkan dan bermuhasabah kembali.

Dari Asma' r.a katanya:Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah! Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. Kata ˜Asma selanjutnya, Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini? Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.

SIAPA TUHAN KAMU???
SIAPA NABI KAMU???
APAKAH AGAMA KAMU???
APAKAH IMAM KAMU???
APAKAH QIBLAT KAMU???
SIAPAKAH SAUDARA KAMU???

Sudah jelas lagi bersuluh soalan yang akan ditanya di alam kubur nanti. Begitu juga jawapannya :

ALLAH TUHANKU.
NABI MUHAMMAD S.A.W. NABIKU.
ISLAM AGAMAKU.
AL-QURAN IMAMKU, PEGANGANKU.
UMAT ISLAM SAUDARAKU.

Namun apa yang perlu dibimbangkan adalah 'apakah yang akan menjawab soalan-soalan itu??' Bukan mulut yang berbicara bukan bibir dan lidah yang berkata-kata, tetapi amalan-amalan soleh kita yang akan mewakili kita menerusi anggota-anggota badan kita yang lain. Jika banyak amalan kita, mudah kita menjawabnya, jika sebaliknya...mendengar hentakan kaki malaikat munkar dan nakir pun kita sudah menggigil ketakutan. Bayangkan satu hentaman malaikat ini menghentam si mati yang gagal menjawab soalan yang diajukan sudah berhasta-hasta dalamnya si mati tenggelam di bawah tanah. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Selesai di peperiksaan di alam kubur, kita seterusnya menunggu 'result' kita di alam baqa' di mana semua 'jawapan' yang kita persembahkan di dunia ini akan diadili dan dimarkahi oleh TUHAN yang MAHA ADIL. Baik resultnya baiklah kehidupan seterusnya, jika buruk resultnya maka sengsaralah ia di neraka yang membahang. A'la kulli hal, persembahkanlah watakmu didunia sebagai hamba yang taat dan bertaqwa agar bahagia di kemudian hari. Setiap detik kita tidak boleh tidak lari daripada watak kita sendiri iaitu seorang hamba kepada Penciptanya. Oleh itu sentiasalah kita merasakan bahawa Tuhan yang maha Esa sedang memrhatikan kita agar segala amalan kita dapat dikawal oleh iman dan akal kita ke arah mendekatkan diri kepada-Nya. In syaa Allah.

Konklusi mudah yang dapat dirangkumkan adalah setiap makhluk yang beriman dan bertaqwa perlu senantiasa berhati-hati dalam perilakunya kerana sedar dia sedang melakukan persembahan terbaik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di akhirat kelak. Oleh itu ibu bapa dan pihak2 lain perlu lebih menitikberatkan "peperiksaan ghaib" ini daripada peperiksaan duniawi. Sebagai contoh ibu bapa perlu menanyakan dahulu sama ada anak mereka sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah seperti solat, puasa, dan lain-lain sebelum menanyakan tentang pelajarannya atau lain2 perkara berkaitan dunia.WA ALLAHU A'ALAM...

~sama-sama kita bermuhasabah diri masing adakah kita ini seorang hamba yang taat kepada Tuhan atau sebaliknya semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua in syaa Allah...amiin~

2 ulasan:

  1. OMG!!!!!!.... PMR!!! is coming

    BalasPadam
  2. Allah.....kacang pees je pmr tu....keep calm n steady cool n smart

    BalasPadam