Ahad, 16 Jun 2013

GULA

Pada suatu petang, ketika si isteri sedang asyik menonton televisyen bersama suaminya tiba terdengar penggilan anaknya.

"Umi...."si anak memanggil sambil menekan perutnya
"Ye dik ade ape??umi dekat depan ni.."si ibu menjawab sambil memandang ke arah suara panggilan anaknya. Kelihatan anaknya berjalan terbongkok-bongkok sambil menahan kesakitan perutnya
"adik sakit perutla...aduh..."

Tidak sempat si anak menuju ke arah umi, dia terus berlari ke arah tandas.
(Untuk apa lagi??untuk melabur la...)
Seusai adik keluar daripada tandas, umi betanya kepada adik..:
"Adik ok ke??takpe pergi rehat dalam bilik dulu, nanti ibu bawakkan ubat."kata umi sambil membimbing adik menuju ke bilik.

"Tak umi...Adik ci_it tadi, berapa kali dah adik keluar masuk tandas"adik menjawab.

"Adik ade makan ape-ape ke tadi?"umi bertanya lagi sambil membantu adik 'landing' di atas katil.

"Entah la umi..adik pun tak tau adik makan ape tadi, tapi adik rase makan biasa-biasa je"adik membalas.

"Adik tunggu sekejap!umi nak pegi ambil ubat dan minyak panas untuk adik."kata umi kepada adik.
Kemudian umi keluar dari bilik adik menuju ke dapur lalu membancuh 2 cawan teh. Satu cawan teh berserta gula, dan satu cawan lagi teh tanpa gula.

Selepas selesai membancuh teh, umi mengambil ubat sakit perut(pil cik kit tek aun) daripada peti ubat-ubatan dan menuju ke bilik adik sambil membawa 2 cawan teh, ubat sakit perut,minyak panas dan segelas air kosong.

"Adik minum teh ni!" kata umi sambil menghulurkan secawan teh tanpa gula ke pada adik.

"Euwww....bluek...pahitnye umi...air ape ni???"rungut adik selepas menelan seteguk teh tersebut.
"Ubat mesti la pahit. Habiskan perlahan-perlahan, kalau tak bile nak sihat?"kata umi sambil menggeleng mendengar rungutan anaknya.

"Tapi umi ..ni air ape yang umi bagi ni??ubat ape yang pahit sampai macam ni??"adik bertanya kepada umi kemudian meneguk air teh tersebut sambil menahan nafas dan menutup hidungnya. Umi hanya tersenyum melihat gelagat anaknya yang baru berusia 11 tahun.

"Habis dah?? nah minum air ni pulak.."kata umi sambil menghulurkan secawan lagi teh.
"Ade lagi ke umi....ishh..pahit la.."adik mengomel lalu meneguk air tersebut tanpa menunggu jawapan dari uminya.
"Mmmmm.....sedapnya...betul-betul KAW..."kata adik selepas meneguk air teh yang bergula itu.
Umi hanya tersenyum mendengar kata-kata adik. Selepas beberapa teguk air teh diminum oleh adik, ibu berkata..:

"Sedap tak air yang umi buat??tak cakap terima kasih kat umi pun.." umi berkata sambil mencebik .
"Heheheh....terima kasih umi...tapi...air ape yang umi bagi kat adik mula-mula tadi?"tanya adik kehairanan.
"Air teh la..tapi umi tak bubuh gula dalam teh tu, dan cawan yang ni umi bubuh gula..."balas ibu sambil menunjuk ke arah cawan yang dipegang oleh adik.

"Ye ke umi..??tapi kenapa rasa dia lain sangat??padahal bezanya ade gula dgn takde gula je. Lagi satu nape umi bagi adik teh yang tak bergula tu??"tanya adik bertubi-tubi kepada umi.
"Mane satu umi nak jawab ni banyak sangat soalan adik...teh yang tak bergula itu ubat untuk orang ci_it-bi_it petua tu opah selalu buat kat umi masa umi kecik-kecik dulu."jawab umi ringkas.
"Adik nak tau kenapa rasa teh tu berbeza sangat??"tanya umi kembali kepada adik.
Adik hanya mengangguk tanda ingin tahu.

"Gula itu ibarat dunia. Manis, sedap,indah...itulah dunia. Tetapi adik kene ingat segala kemanisan dunia ini hanya sementara dah kadang kala boleh membawa keburukan kepada kita kelak."

Adik yang selesai meneguk teh hanya memandang umi dengan penuh tanda tanya dan persoalan. Umi yang melihat muka adik hanya tersenyum kerana tahu yang anaknya masih tak faham apa yang cuba disampaikannya lalu meneruskan kata-katanya...:

"Ok adik bayangkan adik dah hidup 11 tahun dah berapa kilo gula adik makan??umi pulak dah hidup 30 tahun dah berapa kilo gula malah boleh kata berapa lori gula dah ibu telan??"umi menambah sambil diselitkan gurauan untuk menarik perhatian anaknya.

"Umi dah makan 10 lori gula yang besar tu...hahahah"adik mencelah .
"Hahahah....ye la kot...banyak tu..."kata umi.
"Tapi kan adik setiap kali kita makan atau bancuh air dengan gula tu berapa minit sahaja kita rasa kemanisannya macam adik minum tadi...rasa lagi tak manis teh umi buat tadi??"tanya ibu kepada adik.

Adik hanya menggeleng menjawab soalan umi.
"Itu la maksud umi...kemanisan gula ini sebenarnya hanya sementara dan tidak akan berkekalan lama, bahkan jika kita terlebih gula pula akan mengundang penyakit seperti kencing manis(diabetes),kegemukan(obesiti), dan lain-lain.Manisnya hanya sekejap...tetapi akibat pengambilan yang berlebihan akan membawa bala pula kepada kita. Begitu juga dunia ni, manisnya hanya sementara ...dan jika kita terlebih cinta akan dunia akan membawa keburukan di hari akhirat yanng berkekalan."terang umi panjang lebar dengan harapan anaknya faham apa yang cuba disampaikannya.

"Hmm...adik faham umi...maknanya kita boleh merasai kemanisan dunia ini tetapi jangan berlebihan dan sentiasa ingat kat akhirat nanti, betul tak umi?"adik menambah tanda faham akan penerangan umi.

Umi tersenyum gembira melihat kepintaran anaknya sambil berbisik dalam diri rasa syukur kepada Allah dikurniakan zuriat yang pintar yang menjadi harapannya untuk berbakti kepada agama suatu hari nanti.

"Hmmm....pandai pun adik..pahit ubat pula ibarat pahala kebajikan kita lakukan, kadang kala berat untuk kita melakukan kebaikan ,tetapi ingat kepahitan kebaikan yang kita lakukan adalah untuk kita di hari kemudian, macam air teh tadi dan macam ubat ni jugak... untuk adik sihat."tambah umi bagi mengukuhkan kefahaman anaknya sambil menghulurkan ubat sakit perut kepada anaknya.

"Baik umi....terima kasih atas nasihat umi.. :)"adik membalas lalu menelan ubat yang diberikan kepadanya
"Tapi umi kalau gula itu ibarat gula...garam ibarat apa pula ibu??"tanya adik dengan rasa ingin tahu.

Umi temangu seketika memikirkan jawapan bagi soalan anaknya. Ayah yang terdengar soalan adik ketika masuk ke bilik mencelah perbualan dua beranak itu...:

"Garam pula ibarat wanita....."ayah mencelah.

Umi dan adik hanya memandang ayah dengan penuh tanda tanya dan soalan. Kemudian ayah menambah :
"Fungsi garam adalah sebagai penambah perisa dalam masakan, tanpa garam tak rasa la masakan tu, tawar la masakan tu...betul tak??"
Umi dan adik mengangguk tanda setuju...

"Tapi kita hanya perlukan garam sedikit sahaja dalam masakan , jika terlebih masin la masakan , dan jika kita terlebih pengambilan garam juga akan mengundang penyakit macam...darah tinggi(hypertension) dll..."kata ayah yang kemudian menyambung penerangannya...

"Macam tu la wanita kita tidak boleh terlalu sayang akan seseorang wanita melebihi segalanya"kata ayah sambil memandang ke arah umi.
"Habis ayah tak sayangkan umi ke???"tanya adik kehairanan dengan kata-kata ayah.
"Sayang....tapi sikit je la..macam garam tadi"
"Aduhh...."jerit ayah terkejut apabila cubitan manja isterinya menghinggap di badannya...
Umi pula mencebikkan bibirnya tanda merajuk dengan ayah. Adik hanya tersenyum melihat gelagat ibu bapanya dan hanya mengungkit bahunya tanda tak terlibat menyebabkan ibu merajuk.

"Heheheheh....Ayah gurau je la...ayah sayang sangat-sangat umi dgn adik ."kata ayah sambil memujuk umi yang sedang merajuk. Umi hanya tersenyum lalu memeluk suaminya tanda dia mempercayai suaminya . Dan adik yang 'jeles' mencelah antara umi dan ayahnya.

"Adik nak peluk jugak"...kata adik.
Umi dan ayah hanya tergelak mendengar rungutan anaknya.
"Hhahahahah..."ketawa ayah dan umi mendengar anaknya mengomel.

"Tapi adik...ingat bahawa cinta dan sayang yang agung dan berkekalan hendaklah cinta kita kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian barulah cinta kita kepada yang halal seperti cinta kepada keluarga, ibu ayah , isteri."celah ayah ketika mereka bergelak ketawa.

"Baiklah ayah..adik akan ingat kata-kata ayah."balas adik yang berada dalam pelukan ibunya.

PROOOOOOIIITTT......dalam kegembiraan mereka, bunyi tersebut muncul dan menyebarkan harumannya, adik hanya memandang umi dan ayah dengan muka tak bersalah dan berkata...:
"Adik nak melabur dulu ....heheheh"
Ayah dan umi hanya ketawa melihat anak mereka......


*KELUARGA BAHAGIA*




~scene kisah ini hanya rekaan semata-mata dan bait kata-kata hanyalah berdasarkan kefahaman penulis dan pembaca....harap bermanfaat ....#ilham diperoleh ketika mengalami ci_it-bi_it jugak hahahah#~

"perkemaskan yang fardhu, perbanyakkan yang sunat"

Jumaat, 7 Jun 2013

Bersiar... memuji Allah di Ardhul Kinanah

Mesir/Egypt/مصر  juga dikenali sebagai Ardhul Abiya' juga sebagai Ardhul Kinanah
biarpun negara ini kurang kemajuan dari aspek pembangunan dan infrastruktur, namun negara ini kaya
malah lebih kaya dari kebanyakan negara-negara membangundari segi apa????
dari segi pembangunan ilmu-ilmu islam.......berapa ramai ulama' ,golongan bijak pandai agama lahir dari negara ini...سبحان الله !!

Pembangunan sesebuah negara bukan sekadar kemajuan dari segi pembangunan atau infrastruktur, tetapi juga pembangunan ilmu ,akhlak,pembinaan modal insan juga merupakan kayu ukur bagi menentukan kemajuan sesebuah negara. والله أعلم .








 ladang gandum...ala2 sawah padi (Tanta,Mesir)




 view from rooftop.....betapa serabutnya

satu-satunya pokok yang boleh dianggap paling cantik bagiku di Iskandariah
(abaikan model berbaju pink dalam gambar)

 rooftop view...near to meditrenean sea

 Bandar la katakan...memang la serabut...



Masya Allah...Subhana Allah...indahnya ciptaan tuhan
menurut satu pendapat memandang laut juga merupakan 
salah satu perkara yang apabila dipandang akan mendapat pahala Allah.

Khamis, 6 Jun 2013

Aku sihat ke tak???

Bismillah....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Artikel yang lepas kita sebut tentang subjek pathology ,kali ini saya hendak berkongsi tentang subjek "COMMUNITY MEDICINE"
bak kata orang putih 'sharing is caring' jadi anggap la saya ni caring kepada anda semua hahaha..
kerana sabda Rasulullah S.A.W ,mafhumnya : "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)."                               (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dalam Al-Quran pun Allah telah berfirman:


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُون
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
                                            (Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)
 


Jadi apa salahnya kita mengambil berat sesama muslim....
*maaf.... kita macam dah lari topik je ni?*

Kembali kepada pangkalan maklumat kita yang asal, daripada subjek tersebut saya dan rakan-rakan ada belajar mengenai kesihatan.*nama pun medik kalau tak belajar tentang kesihatan bukan medik namanya*


KESIHATAN/HEALTH/صحة 
Menurut WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO), kesihatan bermaksud "sempurna atau stabil atau normal dari setiap aspek-aspek berikut: fizikal,sosial,mental,emosi,spiritual(jiwa),dan persekitaran. Bukan sekadar tidak bebas daripada penyakit. "
Berdasarkan definisi daripada WHO ini kita dapat lihat seseorang individu yang tidak berpenyakit tidak semestinya dia seorang yang sihat kerana individu tersebut cuma bebas daripada penyakit tetapi mental dan spiritualnya mungkin mengalami gangguan atau sebagainya. Jadi seseorang yang dikatakan sihat mestilah memnuhi ciri-ciri seperti yang disebut (yang anda baca) diatas dan yang akan anda baca dibawah:

Aspek-Aspek Keihatan

Fizikal : kemampuan anggota badan dan organ seseorang berfungsi dengan sempurna
Sosial : kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling termasuk ahli keluarganya
Emosi : kemampuan seseorang untuk mengawal, mengubah,dan beradaptasi dengan perasaan dan emosinya
Jiwa(spiritual) : perasaan atau deria (dalam BI senang lagi...SENSE) yang merasakan diri dan hidupnya                      bermakna dan bertujuan yang perlu dicapai 
Persekitaran : LUARAN - keadaan sekeliling seseorang 
                     DALAMAN - struktur dalaman seseorang seperti genetik

Di sini saya ingin menekankan salah satu daripada aspek kesihatan iaitu aspek spiritual atau jiwa atau batin.
Sebagai seorang MUSLIM yang beriman dan mengamalkan sepenuhnya arahan dan suruhan Allah serta meninggalkan apa yang dilarang, sebenarnya kita telahpun memenuhi aspek spiritual tersebut. Berdasarkan makna Spiritual diatas, melalui amal ibadah kita kepada Allah ,kehidupan, jiwa kita akan lebih tenang berbanding orang kafir yang menyembah berhala tak tentu hala. Selain itu, perjalanan hidup kita juga lebih terarah dan lebih bertujuan. 

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.                                          [Adz Dzariyat [51] : 56].

Kesimpulannya ,sebagai umat islam kita sebenarnya telah memenuhi salah satu aspek kesihatan ,iaitu kesihatan dalaman. Namun kita perlu menjaga jiwa kita daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak,sombong,hasad,dengki,dan sebaginya kerana sifat-sifat ini akan mempengaruhi kesihatan dalaman manusia. Secara tidak langsung akan menganggu kestabilan emosi seseorang. Sebagai contoh ,apabila kita dengki dengan seseorang,maka kita akan marah terhadap orang tersebut,maka emosi kemarahan kita sedang berada dalam keadaan tidak stabil dan mampu mempengaruhi tindakan kita. Ibadah yang kita lakukan juga sebenarnya mampu menyihatkan tubuh badan serta emosi kita. Oleh itu jangan tinggalkan amalan fardhu dan jangan abaikan ibadah sunnat kerana bukan sahaja membawa kerugian di akhirat tetapi juga kerugian di dunia. Renung-renungkan~~~

wuarrrrggghhhhh.........nak balikkk...... 



                                                  mati kau semut aq raksaksa!!!!hahhahh



                                                                      ngeeeee~~~~






Rabu, 5 Jun 2013

Al-Quran dan Perubatan

Bismillah....
Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...


In syaa Allah....di lembaran media kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang masih terselit di celahan memori saya yang saya perolehi sepanjang pengajian saya.

Masa saya bersekolah dahulu, saya dan rakan-rakan lain telah menghadiri satu ceramah bertajuk:
AL-QURAN DAN PERUBATAN. Kalau difikirkan balik....banyak ilmu boleh dapat daripada ceramah tersebut, tambahan pula penyampainya seorang doktor....tapi...hurmmm..."masuk angin keluar asap je.."Awal-awalnya semua bersemangat nak dengar siap bawa nota bagai (tu pun sebab ust. selalu bising pelajar lelaki tak bawa nota la...tak dengar ceramah yang disampaikan la ape la...macam la..)Tapi tu awal-awal la...lepas setengah jam ceramah disampaikan , semua mula panas punggung nama pun lelaki,memang tak reti duduk diam. Buku nota pulak buat cukup syarat je takut ust. bising lagi. Tapi sepanjang ceramah tu berlangsung, satu point yang saya masih tersimpan dalam otak(ada la jugak daripada takde langsung) ialah....

(وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ 


عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا)



[Surat Al-Kahf : 18]




daripada surah Al-Kahfi,ayat18 sepertimana ayat diatas. Maksud ayat diatas ialah

"Dan engkau sangka mereka sedar. padahal mereka tidur;dan Kami bolak-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka"


Disini saya meng'highlight'kan "dan Kami bolak-balikkan tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri".....Apa tujuan Allah berfirman sedemikian???kenapa nak kene bolak-balikkan orang yang tidur??? kenapa tak biar je tujuh sahabat "Ashabul Kahfi" tu tidur macam biasa je???
kenapa?kenapa?kenapa?
Sebenarnya saya pun dah lupa kenapa peristiwa kecil ini (hanya bolak-balikkan orang yg tidur) Allah lakarkan dalam Al-Quran. Berapa lama saya ingat benda ni tapi tak tahu yang sepenuhnya."Sesungguhnya setiap perkara dan ciptaan Allah itu ada tujuan dan hikmahnya".
Apa hikmahnya???


Akhirnya......dapat jugak jawapannya!!
Masa belajar subjek pathology yang mana subjek yang mempelajari tentang penyakit-penyakit manusia, saya belajar tentang WET GANGRENE (MOIST GANGRENE) "penyakit ape tu???"
"Kalau nak tau belajar sendiri sebab saya di sini bukan nak menerangkan tentang penyakit itu secara mendalam"
di bawah tajuk ini terdapat satu penyakit iaitu BED SORE (moist gangrene of the skin of the back) penyakit ini merupakan komplikasi disebabkan tidur dalam keadaan statik dalam jangka waktu yang amat lama. Komplikasi ini berlaku di kawasan 'sacrum' dan 'greater trochanter(di bahagian paha) di mana kawasan ini tekanan yang kuat antara tubuh badan dan tempat kita tidur. Hal ini menyebabkan saluran darah tersekat dan pembentukan thrombus berlaku yang menghalang pergerakan darah.(kalau tak faham boleh seacrh kat google)
Allah membolak-balikkan tubuh badan ashabul kahfi ketika tidur mereka adalah bertujuan untuk membenarkan pengaliran darah berlaku secara normal ke seluruh badah termasuklah di bahagian belakang. Maka komplikasi atau penyakit yang saya nyatakan di atas tidak akan berlaku ke atas pemuda-pemuda Ashabul Kahfi.

Jelaslah bahawa Al-Quran yang diturunkan pada ratusan,ribuan tahun dahulu kepada Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W merupakan mukjizat yang lengkap, bukan sekadar dalam ibadah semata-mata tetapi keseluruhan hidup manusia Allah telah bekalkan panduan manual melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Hukum hakam, ibadah,kesihatan ....semua perkara terkandung dalam Al-Quran dan Hadith. Maka sama-samalah kita bertadabbur dan mengkaji Al-Quran. Golongan yahudi bersusah payah mengkaji Al-Quran untuk mencari dan mendalami perkara-perkara baru. kita pula umat islam bersusah payah mencari dan menghafal lagu-lagu dan hiburan-hiburan yang lain yang menjadi senjata modern orang kafir untuk merosakkan umat islam.


*Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya*