![]() |
| selepas disimbahi saline...huish pedih bak hang... |
![]() |
| selepas dressing luka yg kedua..*dr. lain* |
![]() |
| selepas disimbahi saline...huish pedih bak hang... |
![]() |
| selepas dressing luka yg kedua..*dr. lain* |
Hidup berlalu beribu hari
"Hidup ini seperti kek aiskrim yang kita makan ketika menyambut ulang tahun kelahiran. Mempunyai tarikh luput dan akan luput. Akan cair pabila panas yakni kita akan rosak dan tidak disukai pabila melakukan dosa(pendekat neraka yg panas). Dan akan terus membeku dan mengekalkan teksturenya dalam keadaan sejuk yakni kita akan terus tenang dan disukai tatkala kita melakukan kebaikan dan pahala(pendekat syurga yang tenang dan damai)."
Kemudian umi keluar dari bilik adik menuju ke dapur lalu membancuh 2 cawan teh. Satu cawan teh berserta gula, dan satu cawan lagi teh tanpa gula.
Adik hanya mengangguk tanda ingin tahu.
PROOOOOOIIITTT......dalam kegembiraan mereka, bunyi tersebut muncul dan menyebarkan harumannya, adik hanya memandang umi dan ayah dengan muka tak bersalah dan berkata...:
Pembangunan sesebuah negara bukan sekadar kemajuan dari segi pembangunan atau infrastruktur, tetapi juga pembangunan ilmu ,akhlak,pembinaan modal insan juga merupakan kayu ukur bagi menentukan kemajuan sesebuah negara. والله أعلم ."Biar kita buta mata
Jangan kita buta hati
Kerna buta mata hanya didunia
Buta hati hingga ke akhirat nanti..."
"Orang buta tua pulak tu boleh pergi masjid....takkan kita orang celik lagi muda tak boleh pergi masjid"
Di mana silapnya orang yang celik ni???
Di sebuah masjid aku sering memerhatikan seorang pakcik tua yang buta yang sentiasa berada di saf yang pertama di sebelah mimbar, itulah 'port' dia di masjid tu. Dia hanya duduk tenang menantikan waktu solat sambil berzikir mengingati Allah. Apabila selesai solat dia akan terus duduk bersandarkan mimbar. Mimbar yang disandarkannya itu berfungsi sebagai arah kiblat untuk, jika dia duduk ditampat lain mungkin sukar untuknya solat kerana mungkin salah kiblat,orang buta mana boleh nampak...
Setiap waktu dia akan hadir. Dia hanya mengharapkan rakan-rakannya untuk membimbingnya ke masjid. Begitulh juga apabila waktu pulang ke rumah. Semangat orang tua itu untuk solat berjemaah di masjid sungguh menyentuh hatiku yang kadang celik dan kadang buta. Aku juga kasihan melihat orang-orang muda di kawasan sekeliling yang celik lagi sihat. Namun celik dan sihat meraka hanya di luaran tetapi mereka mungkin juga termasuk diri ini buta dan sakit di dalam. Orang buta dan warga oku yang lain sebenarnya lebih sihat dan celik dalam hatinya berbanding kita yang hanya sihat dan celik di luaran. Yang buta terhindar dari maksiat mata, yang pekak terhindar dari maksiat telinga, yang bisu terhindar dari maksiat mulut.....begitu juga yang lain-lain.
Aku teriingat sebuah kisah di zaman rasulullah, di mana seorang sahabat yang buta masih digalakkan oleh Nabi Muhammad untuk ke masjid walau dengan apa cara sekalipun. Betapa besarnya fadhilat solat berjamaah di masjid.
Orang tua yang sentiasa bersolat di masjid itu sering menjadi penaik semangat untukku terus bersolat dimasjid ,ini kerana semangatnya terkesan didalam diriku dan mungkin juga kerana wajahnya mirip seperti datukku yang sudah tiada di dunia fana ini.
Orang biasa berkata "eleh...orang tua memanglah duduk kat masjid , dulu muda dia teruk juga masa tua baru dia insaf"
Mungkin benar kata -kata demikian dan mungkin salah kata-kata demikian. Jika benar orang tua itu di waktu mudanya teruk....itu rezeki dia sempat bertaubat dan insaf di hujung usia. Kita yang muda ....adakah dapat rezeki yang sama ???adakah kita sempat menjenguk usia tua???adakah tahu usia kita mati???fikir-fikirkanlah wahai diriku yang lemah dan rakan sekalian....
~Pandanglah orang tua dgn rasa rendah diri kerana mungkin dia lebih banyak pahala telah dia buat sepanjang usianya
Pandanglah orang yang lebih muda dgn rasa rendah diri kerana mungkin dia muda dan sedikit sahaja dosanya berbanding kita
Pandanglah orang kurang upaya dgn rasa rendah diri kerana mungkin kekurangannya merupakan kelibahan untuknya di akhirt nanti~
"Wanita hiasan dunia dan seindah-indah hiasan adalah hiasan yg terjaga"
Insyaallah....kali ini hamba Allah ini ingin berkongsi sebuah kisah yg mana kita sama-sama boleh ambil ibrah dan manfaat.
Dalam sebuah perjalanan seorang ustaz bersama seorang pemuda menuju suatu destinasi, ustaz tersebut ingin menguji pemuda tersebut. Lalu dia memberhentikan keretanya ditengah-tengah jalan 'highway" lebih kurang satu 2 atau 3 km sebelum sampai ke perhentian tol. Ustaz tersebut memberikan 2 buku roti kepada pemuda tersebut dan meyuruhnya berjalan kaki menuju ke perhentian tol tersebut.
Walaupun kebingungan dengan arahan ustaz tersebut dia hanya menurut arahan ustaz tersebut. Sebelum dia bergerak ustaz menetapkan syarat bahawa pemuda tersebut tidak dibenarkan makan roti yang diberikan. Lalu bergerak pemuda tersebut dalam keadaan kehairanan menuju ke perhentian tol sambil diperhatikan oleh ustaz tersebut dari jarak jauh.
500meter yang pertama pemuda tersebut terasa lapar, namun dia hanya menahan laparnya dengan hanya meneguk air yang dibekalkan. Kemudian dia meneruskan perjalanannya dalam keadaan lapar. Selepas 1km pemuda tersebut tidak dapat menahan kelaparannya. Namun dia tidak makan roti yang diberikan oleh ustaz tetapi dia hanya membuka bungkusan roti tersebut dan hanya menjilat roti tersebut tanpa memakannya hanya untuk alas perut yg kelaparan. 500 meter seterusnya dia berhenti berjalan lagi untuk berehat sambil hanya menjilat roti tersebut. Begitulah seterusnya sehingga roti tersebut menjadi lemau dan lembik.
Akhirnya dia berjaya sampai ke perhentian tol tersebut dan berjumpa dengan ustaznya. Dia menyerahkan kedua-dua roti tersebut kepada ustaznya. Kemudian ustaz tersebut menawarkan pemuda tersebut pilihan sama ada mahu memilih roti yang tidak dibuka lagi atau roti yang telah lemau dijilatnya sebentar tadi.????
Sebagai manusia waras yang dikurniakan akal , jika kita berada ditempat pemuda itu semestinya kita akan memilih roti yang masih elok belum dibuka . Fitrah manusia yang hanya inginkan sesuatu yang elok dan baru.
Ustaz itu memberikan roti yang dipilih oleh pemuda tersebut dan berkata..."roti itu ibarat wanita" roti yang elok tidak dibuka itu ibarat wanita yang soleh terjaga dan terpelihara daripada dosa dan maksiat manakala roti yang satu lagi ibarat sebaliknya.
A'la kulli hal pelihara kesucian dan kemuliaan anda sebagai seorang wanita dan peliharalah keperibadian kita sebagai seorang lelaki kerana sesungguhnya "wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik....hingga akhir ayat"(surah annur ;ayat 26)
~wa Allahu a'alam....jaga iman jaga diri , insyaallah dunia aman akhirat menanti....~